
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak bantahan awal dibangkitkan pasukan pembelaan Najib Razak bahawa rayuan pihak pendakwaan berhubung tahanan rumah bekas perdana menteri itu adalah tidak cekap.
Dalam usul yang difailkan minggu lepas, Najib berkata perkara rayuan itu bersifat interlokutori, kerana ia bukanlah akan melupuskan hak peguam negara sebagai pihak yang terkilan.
Oleh itu, pihak pembelaan berhujah bahawa keputusan Mahkamah Rayuan tidak boleh dirayu.
Bagaimanapun, panel tiga hakim mahkamah tertinggi dipengerusikan Hakim Besar Malaya Hasnah Hashim tidak bersetuju, sambil berkata keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Najib mengemukakan bukti baharu dalam rayuannya, akhirnya telah melupuskan hak pihak-pihak.
Oleh itu, katanya,…