
PETALING JAYA: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta kerajaan membantu klinik swasta yang terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini.
Presiden MMA Dr Koh Kar Chai berkata, lebih 40 pengamal am (GP) swasta yang terjejas teruk.
Kebanyakannya berada di Klang, Taman Sri Muda (Shah Alam) dan kawasan lain di Selangor.
Koh berkata, klinik-klinik terbabit, yang kesemuanya terletak di tingkat bawah lot kedai, tidak dapat beroperasi sepenuhnya selepas air banjir mencecah siling premis.
Banjir memusnahkan semua peralatan perubatan, bekalan perubatan, komputer, pencetak, perabot serta barangan penting lain.
“Kerosakan dianggarkan antara RM300,000 dan RM500,000 bagi setiap klinik,” katanya dalam kenyataan.
“Diharapkan sebarang bentuk bantuan daripada kerajaan dapat diberikan dengan mengambil kira sumbangan GP dalam menguruskan wabak.
“Ramai GP yang terjejas…