Site icon Hot FM

Bantu mangsa banjir, Fama bekal 60,000 kit makanan kepada Nadma


Sejak 2015, Fama berjaya membekalkan 295,214 kit makanan kepada Nadma untuk diagihkan kepada mangsa bencana, khususnya banjir. (Gambar Bernama)

TANJONG KARANG: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan membekalkan 60,000 kit makanan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk diedarkan kepada mangsa terlibat bencana, khususnya banjir di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin berkata, daripada jumlah itu, 40,000 perlu disediakan sebagai stok fasa pertama sebelum akhir tahun sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut.

“Kit makanan ini sebagai bantuan awal kepada setiap keluarga mangsa bencana melibatkan keperluan asas dan produk sedia dimakan dibekalkan oleh usahawan-usahawan tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelepasan Pengedaran Kit Makanan MTL Bagi 2023/2024 di Pusat Memproses Makanan Fama, yang turut dihadiri Pengerusi Fama…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version