Perubahan tarikh mengambil kira keprihatinan membantu penjawat awam dan pesara membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju tarikh pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan diawalkan dari 17 April kepada 14 April ini.
Menerusi surat edaran bertarikh hari ini, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Zulkapli Mohamed memaklumkan perubahan tarikh itu mengambil kira keprihatinan dalam membantu meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dalam membuat persediaan bagi menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.
“Sukacita dimaklumkan bahawa, mengambil kira keprihatinan dalam membantu meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dalam membuat persediaan untuk menyambut perayaan tidak lama lagi, kerajaan bersetuju membuat perubahan ke atas tarikh pembayaran BKKA 2023 kepada pegawai…