Hot FM

Bantuan banjir RM50 juta untuk Kelantan, Terengganu, kata Anwar


ANWAR IBRAHIM
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju memberikan bantuan RM500 kepada lebih 14,000 penjawat awam terjejas banjir di Terengganu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bersetuju menyalurkan peruntukan tambahan RM25 juta masing-masing kepada Kelantan dan Terengganu untuk membaiki infrastruktur asas terjejas akibat banjir.

Katanya, kerajaan turut bersetuju memberi bantuan RM500 kepada lebih 14,000 penjawat awam di Terengganu.

Anwar tiba di Kuala Terengganu pagi ini untuk meninjau keadaan banjir di sana.

Kelantan dan Terengganu paling terjejas banjir tahun ini, dengan 97,052 mangsa daripada 29,963 keluarga dipindahkan ke 279 pusat pemindahan sementara di sembilan daerah Kelantan, manakala 40,911 membabitkan 11,217 keluarga ditempatkan ke 313 PPS di lapan daerah setakat 12.30 tengah hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version