Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bantuan Food Bank bukan bantuan rasmi kerajaan, kata KPDNHEP

today24 December 2021

Background



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, dakwaan dalam satu video tular yang mempersoalkan kuantiti makanan disumbangkan kepada mangsa banjir bertujuan memberi gambaran negatif kepada KPDNHEP serta kerajaan.

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjelaskan bantuan Food Bank Malaysia bukan program bantuan makanan rasmi kerajaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, Food Bank Malaysia adalah program kesukarelawan kendalian KPDNHEP berkonsepkan saluran bantuan melalui pengumpulan makanan dan barang keperluan daripada penyumbang seperti pasar raya, pengilang, pengusaha makanan serta syarikat korporat, yang tidak membabitkan peruntukan kerajaan.

Kenyataan ini menyusul video seminit lapan saat tular di media sosial yang mempersoalkan kuantiti makanan disumbangkan kepada mangsa banjir, membabitkan dua pek biskut, tiga pek mi segera, gula dan beberapa barangan lain.

KPDNHEP…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post