Anwar Ibrahim berkata tatakelola bersih juga menarik keyakinan pelabur luar masuk ke negara.

GOMBAK: Program bantuan bawah kerajaan perpaduan berjaya mencapai jumlah paling tinggi tahun ini kerana tiada sebarang ketirisan dalam pengurusan dana rakyat, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
“Kita tidak izinkan kontrak diberikan begitu rupa tanpa tender, ini ada kontrak satu komisen RM50 juta ringgit, ini melampau.
“Kita tumpu bagi sumbangan kepada orang miskin kerana kita tidak izin pemimpin ambil dana rakyat,” katanya berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Selangor di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Seri Gombak.
Beliau berkata, hasil tatakelola bersih kerajaan berjaya menarik pelaburan China sebanyak RM170 bilion, selain peningkatan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada suku pertama tahun ini 5.6%.
“Ini kerja berpasukan. Kita mencatat pelaburan daripada Amazon bernilai berpuluh…