
Kerajaan sedang mengalihkan bentuk bantuan kepada perniagaan kecil daripada geran kepada pinjaman.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Mohamad Alamin, berkata geran yang sebelum ini ditawarkan kepada perniagaan, termasuk usahawan Bumiputera, semakin digantikan dengan pinjaman.
Mohamad berkata peminjam perlu membuat bayaran balik mengikut jadual dan mencapai sasaran jualan untuk melayakkan diri menerima geran, yang meliputi sehingga 30% daripada jumlah pinjaman.
“Contohnya, dia mendapat ataupun memperoleh pinjaman RM1 juta. Dia hanya perlu bayar RM700,000 sahaja. Jadi, RM300,000 itu kita tukar kepada bentuk geran,” katanya ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa bagi belanjawan kementeriannya untuk 2027, di Dewan Rakyat.
Mohamad turut memaklumkan bahawa Suruhanjaya Koperasi…