Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bantuan PKKP bukan penyelesaian jangka panjang, kata Cuepacs

today15 December 2023

Background


Skim gaji baharu penjawat awam hanya akan dilaksanakan pada Januari 2025, menurut laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Cuepacs menggesa kerajaan menyegerakan pelarasan gaji perkhidmatan awam, sambil menyatakan langkah meneruskan pembayaran Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) bukanlah penyelesaian jangka panjang.

“Selagi pelarasan gaji perkhidmatan awam tidak buat, selagi itulah penyelarasan pencen penjawat awam tidak boleh dilakukan dan hanya bergantung sepenuhnya kepada pertimbangan semasa kerajaan seperti inisiatif PKKP.

“Justeru itu, Cuepacs menggesa kepada kerajaan untuk melakukan penyelarasan segera bagi menaikkan gaji penjawat awam berbanding menunggu sehingga 2025,” kata Presiden Cuepacs Adnan Mat dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kerajaan wajar memberi keutamaan terhadap isu itu yang membabitkan isu kebajikan kira-kira 1.6 juta penjawat awam yang sedang berkhidmat serta lebih 700,000 pesara kerajaan.

Pada Selasa, FMT…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post