Soalan itu akan dikemukakan Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) kepada Kementerian Perladangan dan Komoditi pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT).

KUALA LUMPUR: Bantuan segera bagi membantu penoreh serta pekebun kecil getah dalam menangani musim panas antara isu yang akan dibincangkan di hari terakhir sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, soalan itu akan dikemukakan Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) kepada Kementerian Perladangan dan Komoditi pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT).
Turut menjadi tumpuan ialah pertanyaan Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) yang ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai langkah drastik untuk meningkatkan pengeluaran beras tempatan, susulan tindakan Vietnam yang mengambil langkah mengurangkan eksport beras…
