Hot FM

Bantuan tanam semula getah Risda Sarawak naik kepada RM23,000 sehektar


kebun getah
Risda bersama beberapa agensi lain berkaitan akan terus memperluas penggunaan getah dalam pelbagai produk dan bahan baharu bagi memastikan pasaran komoditi itu terus berkembang.
SAMARAHAN:

Bantuan Program Tanam Semula Getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) di Sarawak meningkat daripada RM14,805 kepada RM23,000 sehektar mulai tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah berkata, pelaksanaan peningkatan sebanyak RM8,195 sehektar atau 55% itu bertujuan memperkasakan lagi sektor pekebun kecil getah di negara ini khususnya Sarawak.

“Cadangan kenaikan telah mengambil kira peningkatan semasa kos pembangunan kebun, khususnya di Sarawak dan Sabah, merangkumi kos input, buruh, diesel bersubsidi serta faktor pengurusan kebun.

“Langkah ini memastikan bantuan disalurkan sehingga peringkat pengeluaran hasil,” katanya ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan dan Program Kemakmuran Pekebun Kecil Risda…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version