Site icon Hot FM

‘Banyak duit’ masuk akaun Najib untuk Umno, BN, mahkamah diberitahu


Jho Low memiliki sampul mengandungi surat kosong dengan kepala surat Pejabat Perdana Menteri yang digunakannya apabila perlu, kata Jasmine Loo. (Gambar fail)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi diberitahu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali Jho Low, pernah memaklumkan peguam 1MDB Jasmine Loo bahawa “banyak wang” dimasukkan ke akaun Najib Razak untuk membiayai Barisan Nasional (BN) dan Umno.

Loo berkata, dia mendesak Low untuk mengetahui tentang transaksi berkenaan, tetapi hanya diberitahu supaya jangan bimbang dan dia akan mengendalikan perkara itu.

“Low juga memberitahu saya jika berlaku sebarang kemungkinan, dia mempunyai bukti bahawa ia dilakukan atas permintaan dan pengetahuan Najib,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Deepa Nair Thevaharan.

Ketika itu, peguam bela Shafee Abdullah berdiri dan membantah dengan berkata kenyataan Loo adalah khabar angin. Dalam jawapannya, Deepa berkata bantahan itu harus diambil semasa…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version