
PETALING JAYA: Seorang penganggur sanggup membawa anak lelakinya, kanak-kanak OKU berusia 12 tahun, ketika melakukan jenayah samun di sebuah kedai serbaneka di Batu Berendam, Melaka, Jumaat lepas.
Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit, berkata, kejadian pada 1.30 tengah hari itu dilaporkan pekerja premis berkenaan.
Pekerja wanita itu memberitahu polis beliau disamun seorang lelaki bersenjatakan pisau, yang turut membawa seorang kanak-kanak lelaki OKU.
“Suspek didakwa turut melarikan wang tunai kira-kira RM197 dan tiga kotak rokok bersamanya,” kata Christopher, lapor Berita Harian.
Susulan laporan itu, katanya, pasukan polis dari Bahagian Siasatan Khas D9, IPD Melaka Tengah, bersama pasukan “task force” dari Balai Polis Batu Berendam mula memburu suspek.
Tidak sampai lima jam selepas kejadian, suspek berusia 32 tahun itu berjaya…