
IPOH: Seorang bapa dan bayi perempuannya berusia 11 bulan maut selepas terlibat kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kuala Kangsar berhampiran Klebang Restu.
Ketua Polis Ipoh, Yahaya Hassan, berkata kemalangan kira-kira 7.21 pagi itu menyebabkan lelaki berusia lingkungan 20 tahun yang memandu Proton Saga maut di lokasi kejadian manakala anaknya disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
“Siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berpunca daripada Proton Saga yang dipandu mangsa telah keluar simpang untuk melintas jalan sebelum dirempuh sebuah kereta Mercedes-Benz yang datang dari arah Sungai Siput menghala ke Ipoh.
“Kemalangan itu mengakibatkan Proton Saga tersebut terbabas sehingga merempuh sebuah lagi kereta iaitu…
