Menerusi rakaman CCTV, lelaki tersebut telah sedang memarahi guru berkenaan sambil diperhati beberapa individu yang lain.
Lelaki tersebut meluahkan rasa marahnya mengapa rambut anaknya dipotong dan memberitahu tidak salah berambut panjang kerana Rasullah SAW juga berambut panjang.
“Rambut panjang tak masuk neraka, kau tahu tak? Rasulullah rambut macam mana? Aku tanya kau.
“Yang kau (guru) usik ini bukan anak binatang, kau tahu? Anak aku, kau faham?,” tengkingnya.
Malah, difahamkan juga selepas perkara itu bapa murid berkenaan telah melakukan perkara sama terhadap anak guru displin tersebut dengan memotong rambutnya.