
KUALA LUMPUR: Perbuatan kejam seorang lelaki mendera dan menanam mayat anak perempuannya berusia sembilan tahun di sebuah kawasan riadah di sini, terbongkar selepas ibu kepada kanak-kanak berkenaan membuat laporan polis.
Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya, berkata pihaknya menerima laporan daripada isteri suspek mengenai anaknya yang dalam keadaan lemah dan berdarah pada bahagian mulut selepas balik ke rumah setelah bekerja pada Jumaat lepas, disyaki didera oleh suaminya.
Susulan laporan wanita warga asing berusia 41 tahun itu, sepasukan anggota polis bersama wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu ke rumahnya di Jalan Pudu, di sini untuk mengambil anaknya, namun anak serta suaminya tiada di rumah.
“Lelaki berumur 40 tahun yang tidak bekerja itu ditahan kira-kira 12.30…