Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bapa ditahan rogol anak OKU hingga lahirkan bayi

today21 July 2024

Background


Ketua Polis Dungun, Maizura Abdul Kadir, berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa diperkosa berulang kali oleh bapanya sejak berusia 12 tahun. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Seorang bapa ditahan kerana merogol anak kurang upayanya sehingga melahirkan bayi.

Ketua Polis Dungun, Maizura Abdul Kadir, berkata perbuatan suspek terbongkar selepas remaja 13 tahun itu mengadu sakit perut dan dibawa ke klinik kesihatan berdekatan.

“Pada mulanya mangsa dibawa ke Klinik Ketengah Jaya selepas mengadu sakit perut, namun pihak klinik terkejut selepas mendapati mangsa sebenarnya hamil.

“Kanak-kanak itu melahirkan seorang bayi kira-kira 7 malam ketika dirawat di klinik tersebut dan segera dikejarkan ke Hospital Dungun,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, polis kemudiannya menahan buruh berusia 45 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa diperkosa berulang kali oleh bapanya sejak berusia 12 tahun…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post