Polis berkata, guru itu ke tandas dan terhidu bau asap rokok, selain mendapati tiga pelajar berada dalam tandas.

PETALING JAYA: Seorang bapa ditahan mengugut guru kerana mendakwa anaknya dipukul selepas didapati merokok dalam tandas sekolah.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Mohd Zaidi Abdullah berkata, pengadu 40 tahun yang juga guru sekolah itu dimaklumkan pelajarnya ada pelajar lain merokok dalam tandas pada 9.30 pagi semalam.
Katanya, guru itu terus ke tandas dan terhidu bau asap rokok, selain mendapati tiga pelajar berada dalam tandas.
“Pengadu mahu membawa pelajar ke bilik disiplin, tetapi pelajar tersebut bertindak agresif dan hasil pemeriksaan beg menemui satu kotak rokok,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, bapa pelajar itu ke sekolah dalam keadaan marah dan mempersoalkan kenapa memukul anaknya, di mana pengadu menjelaskan beliau menahan dan membuat…
