
PETALING JAYA: Seorang bapa maut manakala anak lelakinya berusia empat tahun cedera selepas motosikal dinaiki dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan di Kilometer 50, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Chenderiang, Tapah, hari ini.
Kemalangan jam 4 petang menyebabkan Annuar Zakariah, 48, parah dan disahkan maut di tempat kejadian.
Anaknya yang juga pembonceng patah tulang kaki kanan dan kini masih dirawat di Hospital Tapah.
Ketua Polis Daerah Tapah, Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata siasatan mendapati dua beranak terbabit menaiki motosikal jenis Modenas Kriss manakala kereta jenis Perodua Axia dipandu remaja lelaki berusia 18 tahun.
Menurutnya, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya Kampung Batu Masjid, Temoh, Perak.
“Siasatan awal mendapati kereta terbabit…