Menerusi video berkenaan, dapat dilihat seorang lelaki yang merupakan bapa kepada salah seorang pemain bola sepak mengamuk di luar padang.
Dia bertindak sebegitu setelah anaknya menerima kad merah daripada pengadil. Lebih mengejutkan lagi, dia membawa besi panjang ke arah pengadil namun tindakannya ditahan oleh anggota RELA yang bertugas.