
PETALING JAYA: Bapa lelaki terkait serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan berkaitan aktiviti keganasan, termasuk berbai’ah pemimpin kumpulan pengganas, Abu Bakar al-Baghdadi.
Radin Imran Radin Mohd Yassin, 62, menghadapi tiga pertuduhan, manakala anaknya Farhah Sobrina, 23, turut meminta dibicarakan atas satu pertuduhan di hadapan Hakim Azhar Abdul Hamid. Beliau menetapkan 15 Nov untuk pengurusan kes.
Pertuduhan pertama, Radin Imran didakwa menggalakkan aktiviti pengganas Daesh dengan cara menanam ideologi keganasan kepada tiga individu termasuk isterinya, Rosna Jantan, 59, dan empat anaknya iaitu Radin Luqman, Radin Romyullah, 34, Farhah Sobrina, dan Mariah, 19.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru, antara penghujung…