Site icon Hot FM

Bapa saudara didakwa bunuh budak 18 bulan


M Kesigan, 28, didakwa membunuh T Hudesh, yang berada bawah jagaannya ketika ibu bapanya bekerja, bulan lepas.

Mahkamah Majistret Petaling Jaya menetapkan 3 April untuk sebutan semula kes bunuh seorang kanak-kanak berusia 18 bulan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membunuh anak saudaranya berusia setahun enam bulan pada Januari.

M Kesigan, 28, didakwa membunuh T Hudesh di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Putra Damai Lembah Subang, pada kira-kira 11.15 malam 24 Jan lepas.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang hanya mengangguk faham sebaik tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad kerana kes bunuh bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 3 April untuk sebutan semula kes.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Khairun Nisa Noor Harun tidak menawarkan sebarang jaminan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version