Hot FM

Bapa tiri, ibu didakwa bunuh anak


Mohamad Zulhelmy Amirrudin dan Norfazira Radzi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang atas pertuduhan membunuh anak perempuan mereka berusia lapan tahun. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang atas pertuduhan membunuh anak perempuan mereka berusia lapan tahun pada 17 Ogos lalu.

Tertuduh yang juga bapa tiri dan ibu kandung mangsa, Mohamad Zulhelmy Amirrudin, 29, dan Norfazira Radzi, 30, hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Chai Guan Hock.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh adalah bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, menurut Harian Metro.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa bersama-sama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Nur Anissa Afiera Muhamad Zulhafize di pangsapuri Sandalwood Court, Bandar Tasik Puteri, Rawang, antara 11.51 pagi hingga 3.51 petang, 17 Ogos lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version