Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Barang Peribadi Che Ta Bernilai Hampir RM100,000 Disita, Pengurus Bakal Keluar Kenyataan Tidak Lama Lagi

today11 December 2024

Background

Berpunca daripada gagal membayar hutang pinjaman bernilai hampir RM1 juta terhadap Majlis Amanah Raya (MARA), pelbagai barangan milik aktres terkenal, Rozita Che Wan atau Che Ta bernilai hampir RM100,000  telahpun disita.

Selain penilaian terhadap harga barangan, wakil peguam juga telah menyerahkan writ kepada ibu pelakon itu memandangkan ketika serbuan dibuat Che Ta tiada di rumah.

“Hari ini kita serahkan writ, buat penilaian harga barang dan penyitaan. Ini kehadiran kali kedua ke rumah Rozita.

“Kami pernah hadir kali pertama bulan lalu tetapi tidak mendapat kerjasama. Jadi kali ini kami dapat perintah mahkamah untuk masuk.

“Nilai anggaran barang rumah tadi tidak sampai RM100,000, kebanyakan barangan peribadi.

“Tarikh lelongan sudah ada, tetapi kita tunggu surat selanjutnya dari mahkamah,” katanya kepada pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Gagal Langsai Hutang MARA Hampir RM1 Juta, Che Ta Sempat ‘Wish’ Hari Lahir Anak Di IG

ARTIKEL BERKAITAN:Rumah Diserbu Pihak MARA, Che Ta Didakwa Gagal Bayar Hutang Mara Hampir RM1 Juta

Dalam pada itu, pengurus Che Ta iaitu Afeeq Abd Wahab menerusi hantaran di ruangan Instagram nya memohon agar netizen memberikan sedikit ruang sebelum dia tampil dengan kenyataan rasmi tidak lama lagi.

“Assalamualaikum, tolong berikan masa saya akan kembali dengan kenyataan rasmi tidak lama lagi. Terima kasih,” tulisnya.

Tidak habis disitu, menerusi hantaran berlainan Afeeq dilihat berkongsi kata-kata positif sekaligus menzahirkan sokongan terhadap sahabatnya itu.

 

Written by: Salma


Previous post