Site icon Hot FM

Barangan Asas & Pertanian Tidak Akan Dikenakan Cukai Semakan Semula Mulai 1 Julai Ini


Selain itu, skop kenaan CP diperluas kepada perkhidmatan baharu seperti sewaan atau pajakan, pembinaan, kewangan, jagaan kesihatan swasta, pendidikan dan kecantikan.

Peluasan ini disertakan dengan pengecualian terpilih untuk mengelakkan cukai berganda serta memastikan perkhidmatan keperluan tertentu untuk warganegara Malaysia tidak dikenakan cukai.

Amir Hamzah berkata, kerajaan juga mengambil kira keperluan bagi pematuhan perundangan kepada syarikat yang akan tertakluk kepada SST.

“Bagi syarikat yang mengambil tindakan untuk mematuhi syarat perundangan SST yang ditetapkan, tiada tindakan pendakwaan dan penalti akan dikenakan sehingga 31 Disember 2025,” katanya.

Di dalam lampiran yang disertakan dalam kenyataan itu, di bawah semakan kadar CJ, barangan keperluan asas harian berkadar CJ sifar peratus yang dikekalkan adalah seperti ayam, lembu, kambing, ikan, udang, sotong, sayuran, buah-buahan tempatan, beras, barli, oat, gandum, tepung, sardin tin, gula, garam, roti putih, pasta,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version