Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Barcelona dalam proses akhir untuk memuktamadkan perjanjian penajaan tiga musim dengan Spotify bernilai €280 juta bersamaan dengan €90 juta setiap musim.
Perjanjian tajaan itu termasuk imej pengiklanan pada jersi pasukan lelaki dan wanita, serta imej tajaan di belakang baju latihan. Selain itu, Spotify juga bejaya mendapatkan hak penjenamaan stadium yang baharu.
Ini bermakna, nama Nou Camp, yang akan dinamakan semula sebagai Nou Camp Spotify.
Menurut RAC1, segala penjenamaan semula dan penajaan berkaitan Spotify akan bermula pada musim depan. Proses mengmuktamadkan perjanjian itu dijangka pada Selasa.
Spotify, gergasi dalam penstriman muzik akan menggantikan Beko, sebagai penaja jersi latihan mereka.
Barca berpendapat bahawa Spotify adalah jenama terkenal du dunia dan diterima secara meluas oleh peminat yang lebih muda. Platform muzik penstriman itu mempunyai 381 juta…