Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Bekas presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu kepanasan mendengar kenyataan Dani Alves yang menyatakan bahawa dia (Alves) tak pernah terfikir untuk kembali ke Barca jika Bartomeu masih menjadi presiden.
Alves menegaskan bahawa: “Saya tak akan menerima tawaran daripada Bartomeu sama sekali.”
Dani Alves juga menyatakan bahawa dia meninggalkan Barcelona pada 2016 kerana Bartomeu menjadi presiden. Dani Alves menepis dakwaan bahawa dia meninggalkan Barcelona kerana mendapat tawaran lebih besar daripada Paris St Germain.
Sebaliknya dia disingkirkan kerana seringkali tidak sependapat dengan Bartomeu.
“Saya tak akan terima tawaran daripada dia sama sekali. Saya pergi meninggalkan kelab ini ketika dia menjadi presiden, dan tidak ada gunanya nak bekerjasama semula dengannya.”
Alves juga menganggap pemergian Lionel Messi adalah sesuatu yang sukar diterima. Kerana Messi adalah ikon…