Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Baru Berusia 14 Tahun, Qistina Raisah Dikecam Bercinta Dengan Jejaka 21 Tahun – “Netizen Over… Mak Saya Okay Saja Tau”

today29 November 2022

Background

Nama pelakon cilik Qistina Raisah sering menjadi bualan hangat warganet sejak kebelakangan ini gara-gara didakwa menjalin hubungan cinta bersama lelaki yang lebih berusia.

Memetik laporan Melodi, Qistina menjawab juga kontroversi yang melanda dirinya dengan memberitahu bahawa dia tahu menjaga batas malah menyifatkan perkara tersebut hanya perkara biasa.

“Sebenarnya tuan empunya video itu tidak menyatakan itu saya tapi ramai yang tag saya.

“Saya kalau keluar dating pun tak akan tinggal ibu saya, saya tahu batas, tiada nak peluk-peluk depan orang ramai. Memang tidak lah.

“Benda ini biasa saja, tapi sebab saya umur 14 tahun dan dia 21 tahun, orang jadi kes.

“Ibu saya dulu masa tingkatan 2 pun pernah bercinta dengan lelaki 21 tahun tau. Benda itu tiada apa pun,” katanya.

Mengulas mengenai foto dirinya bersama jejaka yang tular, Qistina menganggap netizen sudah ‘melebih’ kerana baginya mereka sekadar kawan malah berpegang kepada ajaran ibunya agar meghiraukan cakap-cakap negatif.

“Biarlah rahsia. Nanti tunggu saja lah, apa nak jadi, jadi je lah kan.

“Tapi bagi saya netizen ‘over’ lah jugak sebab gambar tu tiada lah berpeluk, pegang tangan ke, cuma macam ‘selfie’ dengan kawan-kawan.

“Daripada kecil, mak saya dah ajar, netizen punya komen ni tak perlu baca, kalau terasa pun tak perlu makan hati, bagi saya, saya cuma buat kerja saya.

“Netizen ni sibuk saja, mak saya okey saja tau,” jelasnya.

Tampil mempertahankan anaknya, ibu Qistina sendiri mengakui dia dan anaknya itu berasa gembira apabila ramai memberikan reaksi pada sekeping foto yang tular itu.

“Memang netizen ada mulut untuk bercakap tentang apa pun, nak fikir positif negatif itu terpulang, tapi bagi saya kalau hati tu bersih, baik kita kena fikir yang baik-baik.

“Apa-pun yang orang nilai dengan gambar itu, saya dan Qistina happy saja.

“Mana yang salah kita ambil dan betulkan, cuba jadi yang terbaik, tiada orang yang sempurna.

“Saya sebagai ibu, tak semestinya saya dapat kawal semua, saya mendoakan anak-anak saya dihindar dari fitnah. Apa-pun orang kata abaikan, terus ke depan,” tutup ibu Qistina.

Sumber: Melodi TV3

Written by: Aqilah


Previous post