Menerusi video yang dimuat naik oleh @akudeswa, kelihatan dia sedang berada di sebuah kedai makan untuk menikmati semangkuk bakso.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia ingin menuang sedikit kicap ke dalam kuah bakso itu, botol kicap tersebut tiba-tiba terbuka luas kerana penutupnya longgar.
Maka, habis tumpah satu botol kicap dalam mangkuk bakso itu dan membuatkan lelaki berkenaan terkedu tidak tahu nak buat apa. Akhirnya, dia terpaksa makan juga bakso itu sehingga habis kerana tidak mahu membazir.
Lihat video sambungan penuh itu di bawah: