Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Baru Tamatkan Diploma Dengan Cemerlang, Irfan Haris Dah Nak Melamar?

today11 November 2022

Background

Selepas single Bisik mendapat sambutan luar biasa, Penyanyi BBNU terkenal dengan lagu Balada, Irfan Haris tampil dengan single terbaharu berjudul ‘Nervous’.

Lagu hasil ciptaannya bersama abang kandung, Haiqal Iskandar dan saudara rapat, Ubaidillah yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang ingin melamar kekasih hatinya untuk berkahwin.

“Lagu ini sebenarnya sangat ‘sweet’ dan cocok untuk mereka yang sedang dilamun cinta, mengenai penyatuan dua hati yang ingin ke jinjang pelamin.

“Jujur saya katakan lagu ini antara yang paling cepat pernah dihasilkan, kami bertiga bermula ketika bulan September dan siap sepenuhnya dalam bulan November, hampir dua bulan sahaja,” katanya.

Disuntik dengan elemen jazz pop, adik kepada penyanyi Amira Othman kali ini hanya menampilkan video lirik yang memaparkan konsep ringkas namun menarik dengan penggunaan skrin hijau.

Bersoal mengenai kematangannya dalam industri, Irfan yang sinonim dengan genre Balada ini berkata dia mahu mencabar diri dengan menghasilkan pelbagai lagu dan menceburi bidang lakonan.

“Saya hendak menjadi seorang penyanyi yang versatil dan tidak terikat dengan hanya satu genre sahaja, saya juga tidak tahu jika peminat atau penggemar muzik dapat menerima buah tangan terbaharu saya ini.

“Semuanya terletak pada rezeki, namun saya akan terus berusaha dengan berikan yang terbaik. Saya juga hendak menceburi bidang lakonan mulai tahun hadapan dan menghadiri sesi ujibakat jika diberikan peluang,” ujarnya.

Lagu ‘Nervous’ boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Jooz, KKBoz, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala lirik video single ini boleh ditonton secara ekslusif hanya di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Artikel Berkaitan:Β Terima Anugerah Pelajar Terbaik, Irfan Haris Syukur Tamat Diploma

Written by: Aqilah


Previous post