
ROMPIN: Seorang lagi guru yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran dan sebuah treler di Jalan Kuantan-Segamat awal pagi tadi meninggal dunia, menjadikan jumlah mangsa maut meningkat kepada empat orang setakat ini.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Rompin Nor Azman Yusof ketika dihubungi malam tadi.
Beliau memaklumkan mangsa keempat yang meninggal dunia itu dikenali sebagai Dahlia Ahmad berusia 52 tahun.
“Mangsa meninggal dunia pada 9.30 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan,” katanya.
Menurutnya 10 mangsa kini masih menerima rawatan manakala 25 dibenarkan keluar selepas menerima rawatan pesakit luar.
Tiga mangsa yang meninggal dunia sebelum ini adalah Penolong Kanan SK Jeram, Masjid Tanah Melaka, Hasnatul Adilah Hassan, 48; pemandu kedua bas Hadi…