

Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan berlaku pelanggaran tatacara operasi standard (SOP) melibatkan kenderaan pengiring jabatan itu dalam video yang tular di media sosial.
Menurut jabatan itu, konvoi berpisah selepas sebuah bas mengalami kerosakan bagi memastikan perjalanan ke destinasi tidak terganggu.
Ia menegaskan tindakan diambil pegawai di lapangan berdasarkan pertimbangan keselamatan dan keperluan logistik.
“Namun semakan dalaman akan tetap dilaksanakan untuk menilai keseluruhan operasi dan memastikan tahap pematuhan SOP sentiasa berada pada tahap tertinggi,” menurut kenyataan.
Jabatan menjelaskan konvoi terbabit membawa banduan dari Penjara Kajang ke beberapa mahkamah dan hospital di Lembah Klang, dengan dua bas dan sebuah van sebagai kenderaan pendahulu. Lampu mata arah dan siren digunakan bagi tujuan keselamatan.
Sebuah bas bagaimanapun mengalami kerosakan, maka…