Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata jika bacaan IPU meningkat hingga 200 ke atas, KPM akan mengarahkan sekolah ditutup.

SEREMBAN: Pihak sekolah perlu membatalkan semua aktiviti luar bilik darjah jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 101, kata Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying.
Beliau berkata, tindakan itu merupakan SOP sedia ada Kementerian Pendidikan (KPM) dan surat pekeliling turut dikeluarkan setiap Jabatan Pendidikan Negeri serta Pejabat Pendidikan Daerah bagi tindakan lanjut.
“Sekiranya bacaan IPU meningkat hingga 200 ke atas, KPM akan mengarahkan sekolah ditutup. Bacaan IPU 101 ke atas tidak sihat, jadi jika ia berlaku, sebarang aktiviti di luar bilik darjah tidak dibenarkan.
“Pada masa…