
PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan akan membatalkan kontrak perolehan pembekal jika gagal menghantar empat helikopter sewaan Black Hawk kepada Tentera Darat Malaysia (TDM) menjelang bulan depan.
“Belum (buat keputusan pembatalan), kita beri masa sampai Oktober untuk penghantaran,” kata Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin menurut Harian Metro selepas perasmian My Villa di Dewan Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi.
“Jika tiada penghantaran (helikopter Black Hawk), akan batal (kontrak pembekal). Perancangan lain akan dibuat selepas pembatalan.”
Awal bulan lalu, Khaled dilaporkan berkata, Kementerian Pertahanan sudah mendapat maklum balas Jabatan Peguam Negara berhubung cadangan pembatalan kontrak sewaan helikopter Black Hawk untuk TDM.
Terdahulu, Kementerian Pertahanan dilaporkan akan…