
PETALING JAYA: Bersatu meminta kerajaan mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada salahlaku dalam kes Batu Puteh.
Ketua Pemuda Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad berkata pihak yang layak memutuskan sama ada tindakan menarik balik permohonan semakan dan pentafsiran penghakiman ke atas keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (CIJ) oleh pentadbiran Dr Mahathir Mohamad pada 2018 itu wajar atau tidak.
“Jika ada salahlaku, silakan ambil tindakan undang-undang agar pihak yang dituduh dapat jawab di dalam mahkamah,” katanya kepada FMT. Mahathir ketika itu menerajui kerajaan Pakatan Harapan dan pengerusi Bersatu.
Terdahulu, kerajaan berpendapat menarik balik permohonan semakan dan pentafsiran penghakiman ke atas keputusan ICJ yang menyerahkan Batu Puteh kepada Singapura “tidak teratur” dan “tidak wajar”, kata Peguam Negara Idrus Harun.
Pengumuman itu berdasarkan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Jan, selepas pembentangan Laporan Pasukan…