Menerut laporan Sin Chew, seorang lelaki telah menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-40.
Difahamkan, dia telah membeli kereta idamannya selepas lama menanti untuk dihadiahkan pada diri sendiri.
Dia juga mengambil masa selama sembilan tahun untuk memperoleh kereta tersebut sampaikan siap menampal poster di bilik tidurnya.
Malah, idea untuk membawa kereta tersebut melalui trak lut sinar adalah idea daripada rakan-rakannya yang bekerja sebagai pengedar jualan kereta tersebut.
Lelaki berkenaan juga menjemput beberapa orang tetamu untuk meraikan hari jadinya itu.