Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bawa jemaah tak vaksin, Idris mahu pihak berkuasa ambil tindakan terhadap pendakwah

today11 January 2022

Background



Idris Ahmad berkata, pihak bertanggungjawab perlu mengambil tindakan tegas terhadap Abu Syafiq bagi memastikan tindakan sama tidak berulang, sekaligus memelihara nama baik Malaysia di mata dunia.

PETALING JAYA: Tindakan pendakwah bebas, Abu Syafiq, yang mengaku membawa jemaah yang tidak divaksin menunaikan umrah perlu dikenakan tindakan tegas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad.

Beliau berkata, tindakan berkenaan tidak sepatutnya berlaku.

“Saya kesal perkara itu berlaku sedangkan syarat sudah ditetapkan,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Idris berkata, pihak bertanggungjawab perlu mengambil tindakan tegas terhadap Abu Syafiq bagi memastikan tindakan sama tidak berulang sekali gus memelihara nama baik Malaysia di mata dunia.

“Saya harap mereka siasat bagaimana jemaah tidak divaksin boleh lolos,” katanya.

Ditanya adakah pihaknya akan memanggil Abu Syafiq untuk penjelasan, Idris berkata, pihaknya bersedia…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post