
PETALING JAYA: Tindakan pendakwah bebas, Abu Syafiq, yang mengaku membawa jemaah yang tidak divaksin menunaikan umrah perlu dikenakan tindakan tegas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad.
Beliau berkata, tindakan berkenaan tidak sepatutnya berlaku.
“Saya kesal perkara itu berlaku sedangkan syarat sudah ditetapkan,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Idris berkata, pihak bertanggungjawab perlu mengambil tindakan tegas terhadap Abu Syafiq bagi memastikan tindakan sama tidak berulang sekali gus memelihara nama baik Malaysia di mata dunia.
“Saya harap mereka siasat bagaimana jemaah tidak divaksin boleh lolos,” katanya.
Ditanya adakah pihaknya akan memanggil Abu Syafiq untuk penjelasan, Idris berkata, pihaknya bersedia…