Timbalan Perdana Menteri berkata akta itu perlu diserahkan kembali ke Parlimen jika mahu ia dipinda.

SHAH ALAM: Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) perlu dibawa semula ke Parlimen jika ada pihak mahu ia dipinda.
Katanya, Akta Pertubuhan 1966 merupakan satu akta diluluskan oleh Parlimen dan perkara itu seharusnya diserahkan kembali kepada dewan itu.
“Kalau ada tidak setuju, kena tengok balik dalam Akta Pertubuhan 1966. Itu adalah akta dan ia diluluskan oleh Parlimen.
“Maka kita serahkan balik kepada Parlimen kalau mahu akta itu dipinda,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas video bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin yang tidak berpuas hati dengan keputusan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memberi pengecualian kepada Umno mengikut Seksyen 70 Akta…