
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengambil tindakan tegas menyita sebuah bas sekolah yang dikesan menyalahgunakan permit kenderaan dengan membawa penumpang awam.
Bas yang membawa 26 individu tersebut ditahan dalam Operasi Kenderaan Perkhidmatan Awam (Ops KPA) di susur keluar Tol Gurun, kira-kira jam 12 tengah hari tadi, petik Harian Metro.
Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam, memaklumkan bahawa semua penumpang terbabit dipercayai dalam perjalanan untuk…