Baginda menyarankan kerajaan bersiap sedia bawa pulang rakyat Malaysia sekiranya konflik semakin buruk.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menyarankan kerajaan bersedia membawa pulang rakyat Malaysia di Sudan sekiranya konflik di negara itu bertambah tegang.
Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka dalam titah baginda menyeru seluruh rakyat untuk bersama baginda mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berada di Sudan berikutan krisis yang berlaku di negara itu ketika ini.
“Seri Paduka turut menyeru seluruh masjid mengadakan solat hajat dan doa selamat memohon ihsan Allah agar rakyat Malaysia berada di bawah lindungan-Nya dan ketegangan di Sudan dapat dihentikan dengan segera,” menurut catatan itu.
Konflik di Sudan yang melibatkan dua…