Site icon Hot FM

Bawa Telekung Mini Dalam Bag, Janna Nick Dipuji Warganet

Pelakon dan pengacara jelita, Janna Nick menerima pujian oleh segelintir netizen selepas tular sebuah video temu bual bersama Melodi TV3 dalam segmen ‘selongkar beg artis’.

Menerusi video tersebut, Janna Nick menunjukkan beberapa barang yang ada dalam beg tersebut antaranya dua botol minyak wangi, powerbank, dan dompet.

Namun begitu, netizen tertumpu kepada telekung instant yang dibawa oleh isteri pelakon, Dini Schatzmann dalam beg miliknya itu.

@melodiberapi

Throwback Segmen selongkar beg artış Janna Nick! Nak tahu apa ada dalam beg @jannanick95 u guys kena tengok #meloditv3 #jannanick

♬ original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan kagum dengan tindakan Janna itu, malah ada juga segelintir daripada mereka yang bersetuju untuk tidak menilai seseorang dari luaran sahaja.

Bukan itu sahaja, dek perkara tersebut ramai juga yang menghujani ruangan komen itu dengan mendoakan agar Janna dan suami tercinta, Dini akan dikurniakan cahaya mata.

“Bila tang telekung tu, akak salute kau adik. Semoga Allah hadirkan malaikat kecil dalam rahim awak sayang. Amin,” kata netizen.

“First time jumpa artis bawa telekung dalam beg. Tahniah Janna. Nak ada anak kena sayang Allah dulu,” ujar netizen lain.

“Jangan menilai dari luaran… Salute Janna, semoga baik-baik saja,” tulis netizen lain.

Sebelum ini, Janna meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir pihak mendakwa Dini mempunyai lebih hormon wanita sehingga menyebabkan mereka tidak mempunyai zuriat.

Artikel Berkaitan: Alami Masalah Resdung Kronik, Janna Nick Bakal Jalani Pembedahan Sinus Gara-Gara Seekor Kucing –  “Kalau Hidung Mancung Bukan Saja-Saja Tau…”

Artikel Berkaitan: Reda Soal Zuriat, Janna Nick Bawa Diri – “Ada Duit RM100,000 Pun Kalau Allah Kata Belum, Tak Dapat Juga”

Artikel Berkaitan: Janna Nick Kesal Dini Didakwa Ada Lebih Hormon Wanita, Jadi Punca Belum Dikurniakan Zuriat

Exit mobile version