
PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat hari ini menegaskan, bawah kepimpinannya, badan kehakiman sentiasa berusaha menegakkan kedaulatan undang-undang.
Sepanjang tempoh beliau memegang jawatan hakim tertinggi, panel kehakiman berusaha menyampaikan ‘apa yang kami yakini sebagai keputusan yang tepat berdasarkan undang-undang dan fakta’, walaupun terdapat unsur politik tersurat dan tersirat hangat yang menyelubungi sesetengah kes.
“Ini sahaja patut menghapuskan sebarang tanggapan tidak berasas bahawa saya pernah memihak kepada mana-mana perdana menteri atau parti politik,” katanya ketika berucap merasmikan pembukaan tahun perundangan baharu.
Dilantik pada Mei 2019, Tengku Maimun, wanita pertama menyandang jawatan tertinggi badan kehakiman, menyaksikan pentadbiran Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Ismail Sabri Yaakob dan pada masa ini,…