
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan bayaran balik cukai yang selesai diproses sepanjang 2025 berjumlah RM22.5 bilion melibatkan 3,713,025 kes.
Dalam kenyataan, LHDN berkata jumlah itu termasuk peruntukan tambahan bayaran balik berjumlah RM3.5 bilion diterima pada 25 hingga 31 Dis lalu.
“Dana tambahan RM3.5 bilion yang diperuntukkan telah selesai diproses untuk dikreditkan kepada pembayar cukai yang mempunyai amaun bayaran balik yang berusia satu ke dua tahun dengan tumpuan diberikan kepada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya menurut Bernama.
Susulan Amanat Tahun Baharu 2026 oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini, LHDN komited menyelesaikan bayaran balik cukai berbangkit dalam Tahun Taksiran 2023 pada suku pertama 2026 dan bayaran balik cukai yang berbangkit dalam Tahun Taksiran 2024 pada…