Site icon Hot FM

Bayaran ex-gratia, nelayan P Pinang Selatan digesa segera daftar SIMP


Projek Pulau Pinang Pulau Selatan telah dikecilkan kepada satu pulau berbanding tiga susulan rundingan negeri itu dengan kerajaan persekutuan. (Gambar fail)

GEORGE TOWN: Nelayan Pulau Pinang Selatan yang masih belum membuat pendaftaran skim Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) di bawah projek tambakan Pulau Pinang Selatan (PSI) digesa mendaftar segera bagi membolehkan pemprosesan pembayaran bantuan kewangan (ex-gratia) dilaksanakan kepada mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Penang Infrastructure Corporation (PIC), Farizan Darus berkata nelayan dari sembilan unit nelayan di kawasan itu masih boleh membuat pendaftaran di Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN).

“Kami menyeru agar mereka mendaftar secepat mungkin kerana pembayaran ex-gratia sudah bermula sejak Jumaat bagi mereka yang sudah mendaftar awal-awal lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumaat lepas, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pembayaran 75% dari jumlah penuh ex-gratia telah bermula susulan Pelan Pengurusan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version