Hot FM

Bayi 2 bulan kritikal didera, ibu bapa diberkas


bayi baby
Bayi berkenaan turut dikesan mempunyai kesan lebam, luka pada badan dan leher, serta pendarahan dalaman lama dan baharu dalam kepala.
PETALING JAYA:

Ibu bapa bayi dua bulan ditangkap selepas disyaki mendera cahaya mata mereka itu sehingga mengalami pendarahan dalam kepala, luka, dan lebam, dalam kejadian di Sungai Petai, Alor Gajah, semalam.

Menurut sumber, kejadian penderaan itu dikesan susulan seorang wanita berusia 22 tahun menghantar bayinya ke Hospital Alor Gajah kerana mendakwa anaknya diserang sawan.

Katanya, sebaik tiba di hospital, bayi malang itu didapati tidak sedarkan diri sebelum wanita terbabit menghilangkan diri.

“Bayi tersebut terus dirujuk ke Hospital Melaka. Namun, pemeriksaan dilakukan doktor pakar menemui kesan lebam, luka pada badan, dan leher, serta pendarahan lama dan baharu dalam kepala bayi itu,” katanya menurut Kosmo.

Menurut laporan, bayi itu sedang dirawat di unit rawatan rapi kanak-kanak.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version