
PETALING JAYA: Seorang bayi berusia lapan bulan didapati meninggal dunia akibat lemas di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Alor Gajah semalam, menurut hasil bedah siasat.
Ketua Polis Alor Gajah Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima laporan bedah siasat Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Alor Gajah malam semalam.
“Proses bedah siasat yang berjalan selama kira-kira tiga jam bermula 7.30 malam mendapati punca kematian akibat lemas.
“Pemeriksaan juga mendapati tiada kesan kecederaan lain di tubuh bayi lelaki tersebut,” katanya, lapor Sinar Harian.
Terdahulu dilaporkan, bayi lelaki itu dikejarkan ke hospital oleh ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan mulut berdarah dan mukanya biru selepas dimaklumkan pihak taska.
Bapanya,…