

Seorang bayi yang baru beberapa jam dilahirkan maut dipercayai ditikam ibu kandungnya dalam kejadian di Pantai Remis dekat Ipoh pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Perak Alwi Zainal Abidin berkata, kejadian melibatkan bayi perempuan itu dipercayai berlaku pada kira-kira 1 tengah hari.
Menurutnya, siasatan awal mendapati wanita berusia 19 tahun itu melakukan perbuatan berkenaan di rumahnya sebelum menghubungi teman lelakinya untuk membantu menanam mayat bayi di belakang rumah.
Kejadian terbongkar selepas suspek memaklumkan perkara tersebut kepada rakannya, tambahnya.
“Rakannya yang rasa bersalah membuat laporan polis sehingga membawa kepada penahanan wanita itu dan teman lelakinya,” katanya pada sidang media di IPK Perak, lapor Bernama.
Alwi berkata, siasatan lanjut menemukan dua kesan tikaman pada dada bayi itu…