
PETALING JAYA: Polis menahan seorang pengasuh bagi membantu siasatan susulan terdapat kesan gigitan pada muka dan telinga seorang bayi bawah jagaannya di Taman Putra, Ampang Jaya, kelmarin.
Ketua Polis Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak, berkata penahanan pengasuh wanita berusia 43 tahun dilakukan selepas polis menerima laporan daripada ibu bayi tersebut, pada Jumaat.
Beliau berkata, ibu bayi tersebut mengambilnya di rumah wanita terbabit sebelum mendapati ada kesan gigitan di muka serta kesan pulasan di telinga.
“Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Farouk berkata, bertindak atas laporan dibuat ibu mangsa, polis menahan suspek di rumahnya, 11.45 malam, Sabtu lalu.
Katanya, siasatan awal mendapati, suspek…