Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bayi maut, ibu bapa cedera kereta bertembung lori pemandu positif dadah

today8 May 2026

Background


Bayi lima bulan maut di Baling Gambar JBPM 8526
Keadaan kereta mangsa yang remuk teruk selepas terbabit dalam kemalangan dengan lori dipandu lelaki positif dadah. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:

Bayi lima bulan maut manakala ibu bapanya cedera selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan lori dipandu lelaki positif dadah dalam kejadian di Baling, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 10.30 malam ketika Perodua Myvi dinaiki tiga beranak itu dalam perjalanan dari Kelantan ke Pulau Pinang.

Ketua Polis Baling, Brandon Richard Joe, berkata bayi lelaki itu disahkan meninggal dunia di wad kecemasan di Hospital Baling akibat cedera parah manakala ibu bapanya yang berusia 41 dan 27 tahun dirawat di hospital sama.

“Mayat bayi itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kematian,” katanya, menurut Berita Harian.

Beliau berkata…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Skuad takraw negara perlu waspada dendam Thailand

Kuala Lumpur: Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) mengingatkan pemain negara supaya lebih peka dan tidak mengambil mudah kerana Thailand pasti akan tampil lebih garang pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia 2026 di Stadium Titiwangsa, bermula 16 Mei ini.

today8 May 2026